Teruntuk kawan seperjuanganku

 
 
Kawan, Perjuangan kebenaran itu adalah pahit,

Kerana syurga itu manis.
Perjuangan itu derita sengsara,
Sebab itu pusaka nabi-nabi,
Bukan pusaka Qarun dan Qisra.
Perjuangan berarti miskin,
Kerana dia adalah ia adalah tradisi rasul-rasul,
Amalan sahabat-sahabat, aulia dan salihin.



Kawan, Perjuangan itu beerti terkorban,
Kerana ia meminta pengorbanan.
Kawan, Dalam perjuangan,
Ada yang bangun setelah jatuh,
Ada yang jatuh terus jatuh,
Ada yang tidak mengenal jatuh,
Kerana itu sudah menjadi Sunnah Allah.



Kawan, Dalam perjuangan,
Jangan terkejut,
Kawan jadi lawan,
Lawan jadi kawan,
Kerana itu sudah menjadi perjalanan hidup.



Kawan, Mari Ke Hadapan
Maju Bina Kekuatan
Hidup Mesti Tempuh Kesabaran
Itulah Resam Kehidupan


Dunia Perlukan Pertolongan
Dari Generasi Sepertimu
Binalah Sifat Kekeluargaan
Untuk Mendapat Keredahaan Tuhan Yang Esa



Setiap Langkahmu Menjadi Ikutan
Untuk Generasi Sepanjang Zaman



Dunia Penuh Dugaan
Tempuhilah Walau Seorang
Biar Ribut Mahupun Taufan
Quran Sunnah Jadi Bekalan



Kawan Berazam Dan Bejanjilah
Akan Kau Kotakan Sabda Junjungan
Peliharalah Peribadimu
Peliharalah Ahli Keluargamu



Dunia Ini Hanya Sementara
Beribadahlah Sebagai Bekalan
Untuk Menju Hari Kemudian
Akhirat Jua Kekal Selamanya


Live as a real Khalifah..
Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda

Biar seganas mana badai MASALAH menghempas
Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN
Agar tidak berganjak HALUAN...


0 komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More